Terkejut apabila membaca muka depan akhbar Harian Metro Online dan juga Tabloid, yang mana tajuknya Radhi OAG masuk Pengasih - Penghijrahan Terbesar. Radhi dengan rela hati memandu sendiri ke Pengasih berkat dorongan dan nasihat ramai serta dengan rela hati menjadi Ahli Keluarga Pengasih bermula Isnin lalu.
Ini dilakukan kerana Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali, 33 cuba menyelamatkan hidupnya dan tidak mahu tabiat buruknya mengecewakan anak tunggalnya setelah kehancuran rumah tangga yang dibina, kehidupan peribadi yang kucar kacir dan ketidakstabilan karier menyedarkannya. Dia juga mengaku semua ini adalah silapnya tanpa mahu menuding kepada sesiapa kerana dia tidak kuat melawan najis dadah itu yang membawa musibah bertimpa-timpa dalam hidupnya beberapa tahun lalu.
Radhi juga mengakui dia telah menghilangkan diri hampir 5 tahun dalam industri seni semata-mata untuk mengikut program pemulihan tetapi tidak berjaya dan menganggap mungkin masuk pengasih adalah jalan terbaik setelah mendapat tawaran daripadan Pengasih sejak sekian lama.
Radhi juga akan terus menyumbang suara dalam industri seni sekalipun di bawah pemantauan Pengasih dan merakamkan suara di Studio dengan kawalan orang dari pengasih. Radhi sendiri memerlukan orang mengawal nya kerana mungkin takut ia hilang pertimbangan semula...hehehe....
Semoga Radhi OAG berjaya melepasi ujian ini, dan menghindarkan terus diri dari gejala dadah yang merosakkan bangsa dan anak-anak muda di negara kita.
No comments:
Post a Comment