Guru Melamar Fara Fauzana?

Kisah lamaran seorang cikgu terhadap penyampai radio, Fara Fauzana dilakukan secara live di radio. Kisahnya, cikgu tersebut pada mulanya hanya berani menghantar lamaran kepada Fara Fauzana secara SMS. Tapi biasalah, FBI & AG sengaja nak bergurau dengan Fara Fauzana, jadi mereka call balik cikgu tu minta dia lamar Fafau betul-betul.

Cikgu yang bernama Ermy itu menjadi topik perbualan hangat hari ini apabila keberaniannya dilihat sebagai sangat sweet oleh pendengar-pendengar wanita. Ada yang sanggup mencari FB cikgu tersebut, mungkin melamar kot. Kami sudah lihat gambar Cikgu Ermy, orangnya boleh tahan hensem. Tapi kami tidak pasti sama ada dia masih bujang atau tidak.

Rasanya, bukan sekali Fara Fauzana diusik macam ini. Tak lama dulu, penyampai radio HotFm pernah kenenkan Fafau dengan seorang lelaki bernama Jaafar. Dengar cerita, mereka siap keluar breakfast bersama. Namun tidak pula mereka berdua jatuh cinta, mungkin berkawan je kot.

Dengar cerita, Fara Fauzana agak memilih orangnya, suka yang Chinese look.


Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

No comments:

Post a Comment

Gosip hari ni ...