ADA PERMINTAAN... empat mak nyah dipilih PC Air daripada ratusan permohonan untuk bekerja dengan syarikat itu. |
SEBUAH syarikat penerbangan mengambil mak nyah sebagai kakitangan pembantu penerbangan dalam usaha mereka mencipta kelainan daripada pesaing.
Dikenali sebagai golongan ‘katoey’, golongan mak nyah Thailand memiliki peluang dan ruang lebih besar berbanding di negara lain.
Selain di kedai menjual barangan kesihatan dan kosmetik, ‘katoey’ sering diberi peluang menjawat pelbagai pekerjaan di bidang lain.
Di pusat kesihatan dan kecantikan, seakan-akan satu kemestian sekurang-kurangnya seorang ‘katoey’ bekerja di situ sebagai pembantu.
Syarikat penerbangan PC Air yang akan memulakan operasi secara rasmi pada April depan ke beberapa negara Asia pada awalnya bercadang hanya mahu mengambil kakitangan kabin di kalangan lelaki dan wanita - sama seperti syarikat lain.
Bagaimanapun, pengurusan PC Air menukar fikiran selepas menerima lebih 100 permohonan daripada ‘katoey’.
Setakat ini empat ‘katoey’ dipilih bertugas sebagai pembantu penerbangan bersama 19 wanita dan tujuh lelaki.
Walaupun syarikat itu mempercayai dasar kesamaan gender, Presiden PC Air, Peter Chan, meluangkan masa untuk memilih sendiri ‘katoey’ yang memohon.
Katanya, dia perlu memberi lebih masa kepada mereka berbanding pemohon lelaki atau wanita.
“Bagi pemohon lelaki, jika saya enggan mengambil mereka, ia adalah kerana sikap atau perwatakan. Misalnya, melihat kepada cara mereka berjalan dan senyum,” katanya.
Menurut Chan, bagi calon kru kabin wanita, mereka tidak akan diambil bekerja jika tidak memiliki kesabaran dan perwatakan sesuai.
“Bagi kalangan ‘katoey’, kami tidak boleh memperuntukkan masa lima atau 10 minit dengan mereka, sebaliknya waktu diperlukan lebih panjang.
“Kadangkala sesi pemilihan seorang ‘katoey’ boleh berlanjutan sehingga sehari suntuk bagi membolehkan kami memastikan mereka benar-benar memiliki sifat kewanitaan,” katanya.
Sementara itu, Chayathisa Nakmai, 24, berkata dia menangis kegembiraan apabila diberitahu diterima bekerja dengan PC Air.
“Saya sangat gembira. Sebelum ini saya pernah menghantar permohonan ke banyak syarikat penerbangan tapi tak pernah diterima,” katanya.
Menurut kenyataan PC Air, syarat kelayakan ke atas ‘katoey’ adalah sama seperti dikenakan kepada pemohon wanita, kecuali satu — mereka mestilah menonjolkan sifat kewanitaan ketika berjalan dan bercakap, selain suara serta sikap yang sesuai.
Walaupun diskriminasi terhadap ‘katoey’ sangat minimum di Thailand, mereka masih tidak diiktiraf secara rasmi sebagai wanita. Pada bahagian jantina di kad pengenalan, mereka masih dicatatkan sebagai ‘lelaki’.
Walaupun teruja dengan peluang diberi, ‘katoey’ yang berjaya sedar ada cabaran besar menunggu mereka tidak lama lagi.
Bagi Dissanai Chitpraphachin, 23, antara faktor yang dibimbanginya adalah membuktikan dia benar-benar mampu bertugas seperti dikehendaki.
“Orang lain pasti memerhatikan pekerja seperti kami dan ia sekali gus memberi tekanan tambahan,” katanya.
Pernah dimahkotakan sebagi ‘katoey’ paling cantik di Thailand pada 2007, Dissanai berkata, mereka perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin.
Sementara itu, PC Air bercadang mengambil lebih ramai ‘katoey’ untuk bekerja dengan mereka pada masa depan kerana Jabatan Penerbangan Awam tiada halangan mengenainya.
Setakat ini, PC Air akan beroperasi dari Bangkok ke Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan China.
P/s: Umie bayangkan kalo AirAsia ke.. MAS ke.. amik 'katoey' jadi pramugari.. huhuhu!!
dunia akhir zaman...
ReplyDelete