Nostalgia Drama Opah di RTM .. Anda Masih Ingat?

Sapa ingat drama Opah di Rtm dalam tahun 80-an drama keluarga yang paling popular? Saya membesar dengan drama tu, memang wajib tengok siaran tu sekeluarga. Duduk berhimpun depan tv, lepas makan malam, tengok drama Opah. Opah yang suka melatah, ada tiga orang cucu dia, Burn (Aziz M Osman), Bob(Noor Nasriq Dadameah) dan Katy. Watak kepoh dan suka bawak mulut..sapa? Doyah la, lakonan Norlia Ghani, sampai lekat nama Doyah kan. Mak saya pun panggil Doyah sampai sekarang..hehhe..terjumpa video opening drama Opah di you tube..terus terkenang zaman kanak -kanak dulu. Nostalgia betul !!



Lirik lagu Opah

Dia seorang tua pengasih dan penyayang,
Tak pernah hidup duka,
bersama keluarganya
Ini kisah anaknya,
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya,
yang tiga telah berkeluarga
dalam suasana keluarganya
dia serba tak kena
namun hatinya tetap riang
walaupun hidupnya sorang
di antara cucunya,
tiga yang amat dikenali
begitu ragam dunia muda mudi
Ini lah kisah keluarga, 
opah dengan anak cucunya
tak pernah sunyi dari suasana
suka duka



Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

1 comment:

  1. Hello, this is Noor Nashriq. That picture was taken long time ago. Can you please remove it as I didnt authorise it (PDPA act). Thank you.

    ReplyDelete

Gosip hari ni ...