Perkahwinan Norman Hakim Ditaja?

Melangsungkan pertunangan pada bulan September tahun lalu, rasanya pasangan penuh kontroversi, Norman Hakim dan Memey Suhaiza sudah bersedia untuk melangsungkan perkahwinannya pada tahun ini.Memberitahu umum bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, Memey Suhaiza juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang di penghujung tahun ini.

Berlainan dengan Norman, lelaki ini lebih berjaga-jaga dalam memperkatakan soal perkahwinan, enggan meletakkan tarikh yang spesifik untuk perkahwinan mereka nanti, jelas Norman dia takut jika tarikh ataupun yang disebut itu tidak tepat dan menyusahkan banyak pihak.
"Memang Memey ada beritahu kami akan berkahwin pada hujung tahun ini, tapi yang sebenarnya kami masih belum ada tarikh yang sesuai untuk di umumkan kepada media.
"Tidak ada yang perlu disorokkan, kerana kami sendiri tidak kisah jika perkara baik sebegini diwar-warkan, tak dinafikan persiapan perkahwinan sudah pun kami siapkan sedikit demi sedikit, tapi masih banyak perkara lagi yang perlu kami uruskan.
"Pada saya lagi cepat majlis ini berlangsung, lagi bagus sebab ia dapat mengelakkan daripada cakap-cakap orang, dan saya mengharapkan karma keidupan saya selepas ini lebih baik daripada yang sebelumnya,"jelas Norman.
Tajaan
Bercerita soal perkahwinan, Norman dengan telusnya memberitahu ada beberapa pihak sudah berbincang untuk menaja perkahwinannya nanti. Tidak keberatan untuk menerima tawaran itu, jelas Norman bagaimanapun masih merahsiakan tajaan yang bakal diambil.
"Banyak pihak datang untuk memberikan tajaan pada perkahwinan saya nanti, tapi semuanya masih sahih lagi dan saya tak boleh umumkannya sekarang.
"Saya juga tak kisah bila mereka berminat untuk menaja kami, sebab pada saya, kami berada dalam win-win situation dan kedua-duanya mendapat untung apabila kami membawa nama masing-masing untuk disebarkan kepada peminat.
"Saya terima tajaan bukan bermaksud saya tidak cukup wang untuk membuat persediaan majlis, cuma kami menghormati penghargaan pihak yang menaja itu terhadap perkahwinan kami nanti,"jelasnya lagi.


Sumber:
ManggaOnline


Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

No comments:

Post a Comment

Gosip hari ni ...