Bila Anak Berumur 7 Tahun Bertanya ..........

Si ayah tengah tengok tv kat ruang tamu, si anak di meja study. Dua-dua kusyuk je melayan feeling masing-masing. Tiba-tiba...

"Ayah, nak tanya cikit boleh?"

"Hah, tanya lah. Apa dia?"

"Sex tu ape ye?"

Si ayah yang tersentak mendengar soalan tu...
 
terus tertelan air liur secara tak sengaja sambil melihat tepat ke arah muka anaknya. Mana taknya, budak umur 7 tahun pon dah pandai tanya soalan-soalan macam ni. Baru darjah 1 tu, belum lagi masuk darjah 2 3, mau lagi advance dia tanya. Semua gara-gara pendidikan seks yang diajar kat sekolah la tu. Si ayah cuba untuk mencari helah supaya si anak lupa pada soalan tadi.

"Ermm..ape ye, ntah la. Ayah pon tak tau. Fadil dah makan ke?"

"Dah makan dah, da kenyang pon. Sex tu apa ayah? Tak kan tak tau kot.."

Si ayah garu kepala memikirkan apa yang patut dijawab oleh ayahnya. Sambil menonton astro prima, idea tiba-tiba datang kat si ayah.

"Ermm..sex tu macam ni la, setiap kejadian tu ada pasangan nya. Macam lelaki pasangannya perempuan. Siang pasangannya malam."

"Apa ni ayah, tak faham la."

Dalam hati si ayah mula resah untuk jawab soalan anak beliau. Nak cerita betul-betul karang dah melampau la pulak. Mana boleh, budak-budak tak boleh tau lagi. Macam-macam si ayah fikir untuk bagi anaknya faham.

"Fadil, Fadil ingat tak masa fadil sunat masa bulan lepas? Sex tu lebih kurang macam tu la. Fadil da jadi dewasa la sekarang ni. Sakit tak kena sunat hari tu?"

Si ayah cuba tukar topik lagi. Dia berharap anaknya tak tanya lagi soalan tu lagi. Tak pernah dia dapat soalan yang begitu mencabar dalam hidup beliau. First time dapat soalan yang betul-betul menguji keimanan.huhu.. Anak nya masih lagi dalam keadaan blur-blur sambil senyum kambing.

"Tak sakit pon, fadil kan kuat. Betul tak ayah?hehe. Tapikan ayah, fadil rasa macam lain je maksud sex tu."

Si ayah tersentak lagi, dalam hatinya dia kata. 'ish budak ni, tak mau mengalah betul la. apa aku nak jawab ni'. 2 3 minit si ayah termenung mencari idea.

"Ermm..fadil, fadil nanti dah besar fadil tau la apa sex tu. Sebab sekarang fadilkan kecik lagi, mana boleh tau hal-hal orang dewasa. Faham?"

Si anak garu kepala guna pensil. Muncungnya terarah pada sebuah buku sekolah beliau.

"Owh, macam tu ke..Tapi kat buku sekolah fadil ni kenapa ada tulis male/female? Fadil kena pilih yang mana 1 ni? Nama dah tulis dah"

Arghhh!! tidak.kenapa tak bagitau awal-awal je. Kan senang, tak payah la pikir bukan-bukan. Si ayah merungut dalam hati.

P/s: Rupa-rupa nya si anak tanya, sex tu nak pilih lelaki/perempuan dekat buku tu. Dia tanya jantina rupanya..




Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

1 comment:

Gosip hari ni ...