Gaji (deejay) Farah Fauzana RM30,000 sebulan?

Sapa tak kenal Farah Fauzana kan. DJ HotFm yang tengah hot dan meletup-letup ni. Ada juga peminat memanggilnya Fafau. Selain jadi DJ, Farah Fauzana juga menjadi pengacara Melodi TV3. Tapi dengar khabarnya, Farah Fauzana akan mengundur diri dari menjadi pengacara Melodi bersama Wahid tu. 27 Mac ni adalah hari terakhir Fara bersama Melodi.

Ada macam-macam khabar angin bertiup punca Farah meninggalkan Melodi. Ada yang kata kontrak tamatlah, yang paling best orang kata Fara terima gaji RM30,000 sebulan sebagai DJ di HotFM. Biar betul!!

Apabila soalan panas sebegini diajukan kepada Farah Fauzana, ini jawabnya,

“Niat untuk berhenti daripada Melodi sudah lama, sejak tahun lalu lagi tetapi masa tak sesuai. Sekarang saya nekad dengan keputusan sendiri bukan ada paksaan daripada sesiapa mahupun ditamatkan kontrak seperti yang didakwa.
“Bukan juga disebabkan masalah gaji atau mendapat tawaran daripada program lain tetapi ini adalah keputusan saya sendiri. Sebelum saya diberhentikan lebih baik saya memberhentikan diri saya sendiri,” katanya sambil berseloroh.
“Saya tak mahu bercakap lebih lanjut berhubung perkara ini dan kita tunggu sidang media yang akan dibuat oleh TV3 nanti. InsyaAllah, saya akan mengacara rancangan ini sehingga 27 Mac depan dan selepas itu saya ada masa di hari minggu untuk bersama keluarga serta menghadiri kenduri kahwin,” katanya sambil tersenyum.
“Saya yakin, pengganti saya nanti akan turut tercalon dalam ABPBH, kerana program ini sudah menjadi pilihan peminat dan nama saya tercalon pun sebab Melodi. Saya tak menyesal kalau tidak dicalonkan lagi dalam kategori sama tahun depan. Mungkin saya akan dicalonkan bagi kategori lain pula mana tahu.
“Kalau kita sudah lama sangat mengendalikan sesuatu program itu, lama-lama peminat muak juga tengok muka kita, jadi lebih baik bagi peluang kepada orang lain pula yang mungkin lebih hebat dari saya,” katanya. 

Menurutnya dakwaan mengatakan dia menerima bayaran RM30,000 sebulan sebagai tidak berasas tetapi tidak menafikan boleh mendapat jumlah sebanyak itu kalau berpindah ke stesen radio lain.

“Saya dapat tak sampai jumlah itu, kalau berpindah ke stesen radio ini mungkin terima sebanyak itu. Tapi sudah selesa di HotFM,” katanya. - Berita Harian


Sumber: Blog Jomss



P/s: hmm... hebat juga gaji seorang DJ yer. 




Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

No comments:

Post a Comment

Gosip hari ni ...