CANTIKNYA WANITA....

Cantiknya seorang wanita itu,sebagai gadis
bukan kerana kosmetik di wajahnya,

cantik seorang wanita itu,sebagai remaja
tidak pada kulit mulus menggebu yang terdedah,

cantik seorang wanita itu,sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam,

cantik seorang wanita itu,sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan,

cantik seorang wanita itu,sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami,


cantik seorang wanita itu,sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai,

cantik seorang wanita itu,sebagai ibu
membuai anak,di kala suami di ulik mimpi,

cantik seorang wanita itu,sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua,

cantik seorang wanita itu,sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit,

cantik seorang wanita itu,sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashraf,

cantik seorang wanita itu,sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah...


Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

No comments:

Post a Comment

Gosip hari ni ...