
Semalam di Harian Metro ada keluar satu cerita yang mengatakan bahawa Wahid Senario dan Fafau akan diberhentikan daripada menjadi pengacara Melodi. Fikir punya fikir, logik jugak gosip ini. Sebabnya sekarang ini kadang-kadang Zizan Raja Lawak turut sama mengacara Melodi. Mungkin nak latih Zizan untuk ambil alih sepenuhnya Melodi suatu hari nanti.
Bagus jugaklah ditukar pengacara Melodi. Dah lama sangat Fafau dan Wahid jadi pengacara. Dekat 5,6 tahun dah rasanya. Kasi can kepada muka baru pulak. Mungkin pihak krew Melodi ingin membuat pembaharuan. Harap-harap jangan jadi macam rancangan Nona. Dengar ceritanya rating program Nona tetap sama walaupun dah lantik Vanida Imran jadi pengacara.
No comments:
Post a Comment