Tokyo Bergelap : Ancaman Radioaktif di Bandaraya Jepun


Tokyo, merupakan bandar paling happening serta mempunyai penduduk seramai 13 juta kini tidak lagi seperti dulu gara-gara amaran radiasi radioaktif yang membuat penduduknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tinggal di rumah. Stesen janakuasa nuklear Fukushima yang terletak hanya kira-kira 200km daripada Tokyo mengalami ketidakstabilan angkara gempa bumi 9.0 richter, Jumaat lepas.




Dalam perkembangan terbaru, Jepun hanya mempunyai masa kira-kira 48 jam untuk mengawal krisis nuklearnya sebelum tragedi yang lebih buruk daripada insiden Chernobyl berlaku. Semalam, cubaan pihak keselamatan Jepun menghantar beberapa helikopter untuk menyejukkan reaktor dengan menjiruskan air, namun operasi tersebut dibatalkan ekoran radiasi tinggi yang mencecah 4,000 mikrosievert/jam.


Ada laporan yang menyebut bahawa lapangan terbang Chicago & Dallas menerima pelawat beradiasi, namun dakwaan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.



Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

No comments:

Post a Comment

Gosip hari ni ...