BIODATA DAN GAMBAR PESERTA MENTOR 5 - 2011




Salma

Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Umur : 21
Asal: Tawau, Sabah dan anak kelapan dari 9 adik-beradik.


Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian.

“Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadi Protégénya”




Ayish
Mentor : Noh Hujan
Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Umur : 21

Ayish, gemar bermain bola sepak dan sering ke gym untuk menjaga stamina dan juga struktur badan. Bermula dengan bermain gong di sekolah menengah semasa berusia 15 tahun, dari situla permulaan Ayish dalam bidang nyanyian setelah mencuba untuk menyanyi di sekolah.

“Saya mahu menjadi Juara sekali gus membuktikan kebolehan saya dalam nyanyian dengan tunjuk ajar serta bimbingan Mentor saya, Noh dan semestinya ingin menjadi penyanyi yang berjaya”




Iqa
Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Umur : 25

Dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Pengurusan Pentadbiran. Suka bermain gitar dan bass and juga meminati bidang lakonan. Pernah mengadakan beberapa persembahan gig.

“Ingin maju setapak kehadapan dan menjadi yang terbaik, berbekalkan tunjuk ajar, dan didikan Mentor saya, Edry dan sudah pasti bergelar Juara Mentor musim ini”




Ratnah
Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal

Suka membaca novel di waktu lapang dan kebanyakan koleksi adalah berbahasa Inggeris. Menari juga adalah sebahagian dari hidup saya selain nyanyian kerana ia penting untuk menjaga kesihatan dan stamina.

“Harapan saya adalah untuk bergelar Juara Mentor dan memenangi RM100,000! Saya akan menggunakan peluang saya untuk menimba ilmu dan pengalaman dari Afdlin Shauki dan juga tenaga pengajar yang lain. Saya ingin menjadi penghibur yang berjaya satu hari nanti”




Shiha
Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Umur : 24

Shiha, di lahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang sering bermain boling atau pergi karaoke di waktu lapang. Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira 6 tahun lalu.

“Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Saya akan menggunakan platform sebaik mungkin supaya saya boleh memenangi pertandingan ini!”



Aiman
Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Umur : 22

Selain menyanyi dan bermain gitar, hobi Aiman ialah bersukan. Bola Sepak adalah sebahagian dari hidup Aiman dan pernah mewakili negara ke Kelayakkan Piala Dunia U17. Pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah semasa bermain bola sepak bersama skuad Bayern Munich.

“ Saya ingin menambahkan pengetahuan saya tentang muzik dan nyanyian dari Mentor saya, Rahim Maarof dan ingin menjadi seorang penyanyi yang Berjaya”


*Crdt: mentor 5 tv3

Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

No comments:

Post a Comment

Gosip hari ni ...