Proton Persona R - Model Proton Terbaru 2011?

Ramai yang menantikan kehadiran model pambaharuan terbaru Proton Persona, yang dinamakan Persona R. Hari ini kami dapat foto spyshot terkini Proton Persona R yang berasaskan model konsep Proton Tuah yang dipamerkan di KLIMS 2010 tempoh hari. Model asas Proton Tuah yang diberi nama Proton Espire di laman web rasmi ini dilihat dipandu uji sekitar lebuhraya Elite.Rekabentuk gambar yang ditangkap oleh Daryl Loy ini jelas mempamerkan rekaan asal Proton Tuah, namun kelihatan lebih garang serba gelap. Rekaan bamper hadapan serta lampu belakang juga diperbaharui daripada model konsep-nya, yang jelas bagi kami, lebih menawan.

 
Buat masa ini kebanyakan bahagian kenderaan dilihat ditutup rapi dengan material gelap untuk mengelakkan orang awam melihatnya dalam tempoh uji kaji, apa pun yang kita harapkan adalah lebih informasi berkaitan rupa dalaman serta spesifikasi enjin yang dibekalkan untuk model ini.

 
Namun, kami percaya kemungkinan Proton Persona R ini bakal dibekalkan dengan enjin model turbo. Di laman web Proton menyebut Proton Tuah memiliki kapasiti enjin 1.8L dan 2.0L serta mampu memecut kelajuan maksimum pada 180Km/j.

Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

1 comment:

Gosip hari ni ...