Petua Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah

Petua 1 : 
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu untuk mendapat kesan yang memuaskan.
Petua 2 : 
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : 
Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yang kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Sewaktu menggosok tumit pada simen, jangan terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : 
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Suka Artikel Ini? Sokong Artikel Ini!! Sila tekan "LIKES" ok.. Terima Kasih!!

1 comment:

  1. Petua klasik. . . .
    Celup kaki @ injak dlm darah sembelihan kerbau @ lembu waktu darahnya masih cair. tunggu sekitar 20 minit baru boleh basuh.

    Untuk penjagaan kaki seterusnya, elakkan berkaki ayam di kawasan dapur bagi rumah biasa biasa kos murah n sederhana - guna selipar. Pantang besar jangan menginjak kawasan makan @ sisa makanan kucing atas lantai. Wallahu 'aklam

    ReplyDelete

Gosip hari ni ...